Thursday, 17 December 2015

Kehidupan pertama di Universiti (Kolej 13)

Assalamualaikum semua.. huh.. setelah sekian lama.. kini ku kembali balik dgn blog terbaruku~ hehe.. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dgn limpah kurnia-Nya dapatku menceritakan kisah hidupku... Selepas tahu keputusan UPU.. Alhamdulillah, saya dpt sambung belajar di Universiti Putra Malaysia(UPM), Serdang. Sambung belajar asasi dalam bidang sains pertanian~ Uuuu... Best sebenarnya bidang Sains Pertanian ni~ Rugi sesiapa yg tak join. "Eh, sains pertanian? ko nak jadi petani ke fahim? ape brg~ ". Hakikatnya tak. sebenarnya, org yg ambil sains pertanian ni dia untung~ kami bkn belajar pertanian sahaja, tapi... kami juga mengambil subjek seperti Biologi, Kimia, Fizik, Math, Sains Komputer dan juga English. + Pertanian. Haaa.. nampak tak kelebihan dia.. Jadi, ramai-ramailah ambil asasi sains pertanian ye utk pelajar-pelajar lepasan SPM. OK! sekarang ni nak cerita tempat di kolej.







Haaaa.. welcome tu Kolej Tiga Belas. Di sinilah aku menetap dan melakar banyak sejarah.. hihi.. dkt sini majoritinya pelajar asasi.. tapi siapa yg lambat daftar wktu hari pendaftaran~ akn kick ke kolej lain mcm KMR atau KPZ.(hoho.. habislah~) gambar tu sbnrnya dkt kafe.. dekat situ juga ada taman kt tingkat atas dan gym~ spe2 yg nak sado dtglah selalu kafe ni.. harga mknn pun berpatutan~ jgn risau.. sedap2 semua.. mak cik2 kafe pun baik2, lagi kita layan dgn mereka, lagi mesra mak cik2 tu. kdg2 bagi lebih lagi mknn. Alhamdulillah.. OK! dekat kolej ni dia 8 blok yg terdiri drpd blok lelaki (A, B, C, D) dan blok perempuan  (E, F, G, H).. majoriti asasi bila daftar akan dpt dkt tingkat 4 dan 5. ada 5 bilik setiap aras dan 1 bilik 6 orang. (bnyk ke sikit?).. bagiku standard je.. lgi ramai lagi meriah.. tapi klu ramai sgt tak tidur pula nnti.. huhu.. bilik dia luas juga~  lengkap dgn meja belajar, lampu, katil, almari, laci.. TAPI.. perkara penting kena bawa sebelum duduk UPM ni ialah KIPAS sendiri!. sbb nanti mungkin akn rasa panas dan tak selesa tidur.. tu je.. hehe.. untungnye juga duduk dkt kolej 13 ni sbb dkt dgn bukit ekspo/expo.. dkt sinilah tempat nak beriadah, nak tgk pmndngn yg hijau. Subhan-Allah, ciptaan Allah. :) ok.. yg paling best duduk dkt sini juga waktu 'mereput' dkt luar kolej 13 ni.. hehehe...









lps tu sini ada nama surau yg dipanggil sebagai Surau Orion.. Haaa.. time ni tgh ada kuliah.. mmg selalu juga jemput ustaz luar utk beri kuliah. dan kat ssurau ni juga ada usrah yg boleh join. mmg aktif. bagus utk org yg mmg nk berubah jdi lebih baik dan soleh dan juga kuatkan iman. :) Alhamdulillah, bersyukur dpt surau mcm ni, wlupun tak besar, tapi ianya kondusif, ada air-conditioner, surau pun boleh thn luas dia dri kolej2 yg lain. cuma utk muslimat, ruang dia kecik sikit. hehe.. tpi oklah~ dkt sini pun ada dataran phoenix, dewan besar yg mana event2 besar akn buat di situ...












Gambar ni pula dkt Kiosk.. dkt sinilah anda semua akn beli mknn ringan, stationary ke.. tak lupa juga ada jual burger waktu malam dan juga ayam gunting.. yum3.. sedap2 mknn dkt sini~ rugi tak beli.. tpi jgn boros pula tiap malam pergi beli mknn tu.. perlu berjimat juga.. yg paling laku selalunya dkt kiosk ni roti.. haaa.. so, sarankan cepat2 beli dah keluar yg baru punya. utk breakfast juga~










Dkt K13 ni, banyak juga event yg dilakukan oleh setiap sekreteriat.. semua (2x+3).. (eh? apa tu? kenapa tiba2 keluar algebra pula ni? tu lah.. function~ hihi).. apa event dia? tu.. rahsia.. maila dtg sini dulu~ bnyak dah ku ceritakan hidup di kolej 13 ni... Gmbar ni je blh bgi, ini under Sekreteriat Akademik. Nak hias mini library dkt K13. library ni terletak dkt Blok B. Ok, sampai sini shja dulu hidupku di kolej.

Jumpa lagi dkt post yg lain pula~ Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment