اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Kepentingan Selawat
Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w. Malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana ia disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW :
“Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. ” (Riwayat Ad-Dailami)
Begitu sekali Allah melihat kepentingan selawat. Ini ialah kerana kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranya Allah tidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita.
Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar.
Dia suruh kita berselawat kepada Nabi s.a.w. dahulu. Apabila kita berselawat, barulah doa kita akan didengar-Nya. Barulah ada peluang untuk ia dikabulkan pula. Kalau awal-awal lagi sudah ditolak, sudah tentu tidak ada peluang untuk diterima sama sekali.
Itu sahaja dari saya utk post kali ni. Sekian. Assalamualaikum. ^_^
 
No comments:
Post a Comment