Monday, 21 December 2015

Kuliah Tiga (Tigerians) ^_^

Alhamdulillah.. bersyukur kepada Allah kerana masih dapat update post macam biasa.. Baiklah.. Kali ni saya nak cerita pasal kuliah 3 iaitu kuliah saya sendiri. Cakap pasal kuliah, mmg macam2lah kenangan yg kiteorg ada spnjng 1 tahun kita belajar sama2. Kuliah kteorg juga dipanggil sbgi Tigerians. Mengauummm~ Ckp pasal kuliah tiga je semua takut. haha. Ok, nak tunjuklah gambar2 sikit kuliah tiga ni.. 







Perkenalkan kuliah kteorg.. Yeah~ Bangga aku ada rakan2 yg sempoi, pandai2 semua mcm diorg ni (rasa tak layak duduk dgn diorg pun ada). Tapi hakikatnya inilah kwn2 aku yg sentiasa tlg aku bila aku susah dan bangkit sama2 bila saya atau yg lain jatuh. Time ni bergambar dgn Dr. Zakaria, beliau mengajar subjek Agriculture. Serious best siapa yg dpt bljr dgn Dr Zakaria. ^_^









Time ni pula tgh rafting dgn ketua kuliah 3(sem 2).. Haha.. Namanya Ikhwan. Baik orgnya. Kepemimpinan dia mmg mantap! Mmg function selalu sepanjang sem 2 ni dia jadi ketua kuliah 3. Bangga saya dpt kwn sepertinya.. 















































Hafiz Hamidun - KASIH PADAMU

Utk post kali ni saya akn letak video sahaja. kali ni pasal lagu je. Yg dinyanyikan oleh artis terkenal kita, hafiz Hamidun. Subhana-Allah. Suara dia mmg merdu sekali. Mungkin ramai dah biasa dengar lagu ni.. Tapi apa yg saya nak, cubalah kita hayati liriknya. Kita muhasabah balik, Pernah tak kita teringat setiap saat kepada Rasulullah S.A.W? Pernah tak kita ambil tahu kisah Rasulullah S.A.W? Kalau saya tnya balik, blh jwb tak? Allahu.. Jadi, saya mengajak umat Islam supaya kita sentiasa berselawat ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W.




اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ








Kepentingan Selawat


 Kita sangat digalakkan berselawat kepada Nabi kita s.a.w. Malah ia begitu penting sehingga doa kita tidak diterima oleh Allah jika kita tidak berselawat. Perkara ini merupakan satu hakikat kerana ia disampaikan sendiri oleh Nabi Muhammad SAW :





“Setiap doa adalah terhalang, sehingga berselawat atas Nabi s.a.w. ” (Riwayat Ad-Dailami)





Begitu sekali Allah melihat kepentingan selawat. Ini ialah kerana kebanyakan kita melakukan banyak dosa dan kemungkaran setiap hari. Lebih-lebih lagi kita yang hidup jauh daripada zaman Nabi s.a.w. Begitu lemahnya iman dan amalan Islam kita sehingga iman kita diibaratkan senipis kulit bawang dan iman kita pula diibaratkan seperti iman orang yang munafik. Memang sepatutnya sekiranya Allah tidak terima permintaan daripada orang-orang yang banyak melakukan dosa seperti kita.



Tetapi, Allah itu bersifat Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Dia kasihankan kita, maka Dia bagi jalan keluar. 



Dia suruh kita berselawat kepada Nabi s.a.w. dahulu. Apabila kita berselawat, barulah doa kita akan didengar-Nya. Barulah ada peluang untuk ia dikabulkan pula. Kalau awal-awal lagi sudah ditolak, sudah tentu tidak ada peluang untuk diterima sama sekali.




Itu sahaja dari saya utk post kali ni. Sekian. Assalamualaikum. ^_^


Amali amali amali!

Alhamdulillah.. dapat lagi saya update prkmbngn terbaru saya, baiklah! Kali ni saya nak cerita mengenai amali kuliah saya. Nak carita pasal amali agri dulu. Sepertimana yg anda tahu sebelum ini, amali agri ni diadakan setiap minggu dan dpt release stress sikit sbb selalu buat kt luar. Meh saya tunjukkan gambar2 amali kteorg.






Ni waktu dkt Yakult.. tak nak cerita banyak2.. siapa kuliah yg untung dpt pergi sini sem 2 nnti tahulah mcm mana. >:)






Ni tgh nak Potong2 dahan yg mati.






Time ni tgh rendam2.. lps tu nk agihkan...


Sebenarnya ada lagi anda akn pergi, mcm dpt tgk haiwan2 mcm lembu, rusa, kambing dn sebagainya. Ok,itu je nak tunjuk. tak nak tunjuk bnyak2.. selebihnya dtglah sini, pergi experience sendiri.. hehe..
Mari kita pergi ke amali bio pula. Nak tunjuk pembedahan haiwan pula.. tgk spe yg rasa geli..











Rasa nk termuntah ke?? hehe.. kalau tak baguslah.. blh terus ambilkn subjek science khususnya utk pelajar2 yg bercita2 utk jadi veterinar. (Thumbs up). Nak informkn awal2.. amali bio ni sbnrnya blh buat seseorg jadi artis (pelukis).. tak percaya. ambillah subjek bio nnti kt asasi..



Tak larat nk tunjuk yg lain dah.. amali ni je blh tunjuk.. tgklah mcm mana.. jadi itu je post utk kali ni. Moga kita berjumpa lagi di masa akn dtg. insya-Allah..



Friday, 18 December 2015

Hari Merentas Kampus!

Alhamdulillah... tibalah masanya! setelah sekian lama merentas kampus asyik kena tunda disebabkan faktor jerebu.. Jerebu ni juga merupakan satu bencana dri Allah. Alhamdulillah sekarang ni dah reda.. Disarankan kita membuat solat istisqa' ketika berlaku faktor jerebu seperti ini. Apa tu solat istisqa'? solat istisqa' ialah solat hujan. Kita solat sunat dua rakaat dan berdoa kepada Allah agar hujan turun supaya kembali pada suhu yg normal. Kuasa Allah. Subhana-Allah.. kita sebagai umat Islam seharusnya bersyukur kerana masih dpt hidup dalam keadaan yg baik dan Allah memberi peluang lagi kepada kita untuk bertaubat kepada-Nya. Baiknya Allah dkt kita. Sebab tulah ujian yg Allah beri ni bkn wktu susah aje, tpi wktu senang tu pun dah dikira sbgai ujian Allah kpd kita samada kita masih ingat kepada-Nya ketika senang atau pun tidak. (Eh, ceramah lagi..) Ok2, sambung balik kepada main tajuk kita iaitu merentas kampus, di sini, semua pelajar UPM akn sertai merentas kampus mewakili kolej tercinta mereka. <3  Memang sengit dan ramai juga yg sertai merentas kampus ni.. Huh...








Huh.. Muka yakin je boleh dpt No 1! waktu ni tgh daftar utk merentas kampus. Jauhnya 8km utk lelaki dan 6km utk perempuan... Memang jauh jugalah bagi lelaki.. Yg dpt nombor utk merentas kampus kali ni sampai 500.. ( Huh, rasanya blh dpt tak top 500.. kita tengok dulu.) Sebenarnya, jgn sangka pelajar asasi tak ada peluang dpt nombor. Utk merentas kampus kali ni, terdapat 4 org pelajar asasi yg dpt top 20... gempak kan?  respect diorg. >:)







Berselfie sekejap dgn rakanku ini.. Org panggil Zak. Time ni semua org tgh warm up, buat cheers utk semangat kolej. Huh.. memang bising habis.. Semua memang tak sabar2 nak lari..






Weee~ Lari ku berlari... Jadi, bermulalah larian merentas kampus kami. Time ni tgh berlari dgn rakanku, duwe org pnggilnya. (Sempat lagi posing) dlm diam dah semput sebenarnya. Last2 mcm mne agaknye?? Hmm.. jom kita tengok lagi.








Huh.. kena maintain senyuman dpn kamera.. Waktu ni dah sampai water station.. Tempat sedianya minuman.. dia ada dua tempat water station kita blh dptkan minuman.. OK, lepas lari dan berlari akhirnya saya mendapat tempat ke 322. (top 350 tu~) Alhamdulillah.. dpt jugalah mnyumbangkan mata dkt K13 ni... Memang memenatkan sampai kaki mmg cram habis, mcm tak nak pergi kelas terus keesokan hari tu. :] tapi, bila cerita pasal ilmu, ku mesti kena berjihad! Lps habis tu, kami dpt voucher RM5 utk beli apa2 brg di kiosk. Alhamdulillah.. Tapi yg penting pengalaman tu~ Akhirnya, K13 utk lelaki mendapat tempat ketiga.




Itu sahaja post saya utk hari ni. Maaf atas bahasa saya, dan moga kita berjumpa di lain masa. Insya-Allah. Boleh leavekn comment klu terdpt sbrg persoalan.

Kem Aspirasi Putra~

Huh... Alhamdulillah, bersyukur kpd Allah kerana dpt saya post lagi tentang hidup di sini. Baiklah. cerita kali ni tentang Kem Aspirasi Putra. Apa tu Kem Aspirasi Putra ni? Haaa.. Kem ni sebenarnya bawah Sekreteriat Akademik dkt Kolej 13 khas utk pelajar yg duduk di K13 sahaja. pelajar akn dipilih secara random (dan saya antara org yg terpilih).. Mula2 mmg rasa mcm tak best, tapi ada hikmahnya Allah pilih saya utk pergi kem tu. hehe. Jadi, saya pun bertekad utk pergi. Kem ni buat dkt Impian Hulu Country Resort.. Kem ni lebih kepada memberi motivasi dan menguatkan fizikal dan mental kita. Banyak jugalah aktiviti yg buat kat sini, antaranya obstacle, ceramah motivasi, interview (nak bgi pengalaman mcm mana interview kt luar nnti), explorace dan banyak lagi. Tempat ni yg bestnya ada sungai dan juga jungle trekking... Pengalaman baru jugalah utk saya.








Gambar ni waktu dah sampai dkt sana. Ada makan tengahari jap.. Alhamdulillah.. sedap juga makanan yg disediakan. Semua khusyuk je makan~ Lps tu ada ceramah motivasi oleh felo2 kami dkt K13. Ceramah ni lebih kepada cerita pengalaman hidup beliau. Mmg best. Klu nak cerita dkt sini mmg panjanglah.. hehe.. So, korang kena joinlah utk siapa yg berminat. Lps tu, ptg tu kteorg ada pmbhgian kumpulan pula. yg paling menyedihkan nama kumpulan kteorg cirit birit. lps tu kena buat cheers lagi.. haih... sabor jelah.~










Time ni pula kteorg jungle trekking.. wew, jauh jugalah perjalanan dia, tmbhn lagi pergi lps hujan, mmg licinlah.. Waktu dkt prtghn jalan, ada air terjun yg boleh kita minum airnya.. mmg refresh~
Habis semua tu, Alhamdulillah semua org sampai dgn selamat walaupun ada beberapa org yg ada masalah kesihatan tapi mereka tetap teruskan.. respect dkt peserta2 ni.. >:D








Haaa.. ni waktu nak balik dah.. (sebenarnya ramai lagi tpi diorg tgh packing brg).. rasa sedih pula bila nak tinggalkan tempat ni.. Dah sebati dah rasanya mcm tak nak balik dah.. :') , overall, mmg bnyak pengalaman baru dpt, dan juga kem ni dpt merapatkan ukhuwah/silaturrahim bkn sahaja antara pelajar asasi, tetapi juga dgn pelajar degree dan juga felo2 dkt K13. Alhamdulillah.. moga ukhuwah antara kteorg akn terjalin shingga ke jannah. Inssya-Allah. Amin...



So, itu sahaja utk post saya kali ni. minta maaf kalau ada terkasar bahasa atau guna bahas pasar shja. kalau ada sebarang pertanyaan boleh comment dibawah. Insya-Allah saya cuba jawab. Jumpa lagi di lain masa. Insya-Allah.

Thursday, 17 December 2015

Masa Untuk Belajar di ASPER!

Assalamualaikum semua, bertemu kita kembali. Alhamdulillah. baiklah, sekarang ni nak cerita pasal belajar di UPM ni pula.. haa... belajar3.. apa ni?? ok, tak apa.. 1st kali, kita niatkan yang kita nak belajar kerana Allah. mcm mana? paksa diri kita utk belajar, lama2 kita akn rasa ikhlas dlm belajar.. Insya-Allah. moga dipermudahkan. seperti mana yg anda tahu, utk asasi sains pertanian di UPM ni ada 3 semester. (cuti seminggu je lps habis 1 sem :p) jadual tak padat sgt.. relax2 je dan yg paling best boleh keluar2 wktu amali pertanian.. weee~ ini yg untungnya utk pelajar ASPER.. lecturer dkt sini semuanya gelaran Dr2.. dan sporting2.. serious best~~ Ok, antara subjek yg kteorg belajar ialah Biologi, Kimia, Fizik, Math, English, Sains komputer, dan Pertanian. Sikit je~ nak score pun isya-Allah senang. Banyak2 tawakkal pada Allah. Apa dimaksudkan tawakkal pula? haa. mksudnya ialah setelah kita BERUSAHA dan BERDOA kepada Allah. bkn doa je~ tpi usaha tak dok.. ish3.. bgi ceramah sikit jap. OK. utk batch kteorg ada.. ada 18 kuliah, dan saya tersenarai dlm kuliah 3 dan dilantik mnjadi ketua kuliah 3 utk sem 1. function2.. >:D skrg saya persembahkan jadual kiteorg.






Haaa.. ni jadual kiteorg kuliah 3 waktu sem 2.. pack tak ke tak pack? haha.. confuse2.. pelajar, dgr je kelas batal.. mcm heaven.. ish3.. suka je~ (hakikatnya aku mcm mne pula.. :]), ok 
, seperti mana yg anda lihat.. utk lecture bio, fizik, dan kimia akan ada masa 2 jam untuk lecture, 2 jam utk tuto, dan 3 jam utk practical. practical dgn tuto ni dia selang seli.. setiap kali amali, pastikan PRE LAB siap on time! nnti buat experiment baru rasa senang. >:D . experiment mesti sentiasa bawa LAB COAT dan LAB MANUAL! klu tidak~ habis pokai... zaman korang ni~ RM5 kena bayar klu tak bawa LAB COAT.. mgkin lebih lagi... tapi kalau rapat dgn akak2 lab selalu.. boleh dpt free terus. insya-Allah.. klu mcm amali agri pula akan diadakan setiap minggu. time ni dpt release tension sbb mcm2 aktiviti kita akn buat dan amali agri ni selalu buat dkt luar je.. waktu sem 2 ni, kami kuliah 3 dpt pergi ke kilang Yakult. Mmg best tgk proses mcm mana yakult ni buat dan kebaikan dia. jadi alang2 tu nak promote yakult juga. so, belilah yakult ye~ (kalau ada bnyak duitlah).






Haaa.. Ini waktu ada event yg dikenali sebagai "Apple's Day".. Just nk tunjuk tempat main asasi mcm mana. Dkt sini ada kafe nama selera kampung. harga mmg berpatutan dan antara yg blh dikatakan murah2 jugalah mknn dia. Mknn pun mcm2.. Best sgt2.  Dkt sini juga terletaknya lab biologi dan kimia.



Jadi itu saja rasanya utk post kedua ni yg blh saya trgkan. jadi klu ada ada apa2 pertanyaan blh comment dkt bwh ni.. insya-Allah, saya akn cuba jawab. Jumpa lagi di lain masa.


Kehidupan pertama di Universiti (Kolej 13)

Assalamualaikum semua.. huh.. setelah sekian lama.. kini ku kembali balik dgn blog terbaruku~ hehe.. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dgn limpah kurnia-Nya dapatku menceritakan kisah hidupku... Selepas tahu keputusan UPU.. Alhamdulillah, saya dpt sambung belajar di Universiti Putra Malaysia(UPM), Serdang. Sambung belajar asasi dalam bidang sains pertanian~ Uuuu... Best sebenarnya bidang Sains Pertanian ni~ Rugi sesiapa yg tak join. "Eh, sains pertanian? ko nak jadi petani ke fahim? ape brg~ ". Hakikatnya tak. sebenarnya, org yg ambil sains pertanian ni dia untung~ kami bkn belajar pertanian sahaja, tapi... kami juga mengambil subjek seperti Biologi, Kimia, Fizik, Math, Sains Komputer dan juga English. + Pertanian. Haaa.. nampak tak kelebihan dia.. Jadi, ramai-ramailah ambil asasi sains pertanian ye utk pelajar-pelajar lepasan SPM. OK! sekarang ni nak cerita tempat di kolej.







Haaaa.. welcome tu Kolej Tiga Belas. Di sinilah aku menetap dan melakar banyak sejarah.. hihi.. dkt sini majoritinya pelajar asasi.. tapi siapa yg lambat daftar wktu hari pendaftaran~ akn kick ke kolej lain mcm KMR atau KPZ.(hoho.. habislah~) gambar tu sbnrnya dkt kafe.. dekat situ juga ada taman kt tingkat atas dan gym~ spe2 yg nak sado dtglah selalu kafe ni.. harga mknn pun berpatutan~ jgn risau.. sedap2 semua.. mak cik2 kafe pun baik2, lagi kita layan dgn mereka, lagi mesra mak cik2 tu. kdg2 bagi lebih lagi mknn. Alhamdulillah.. OK! dekat kolej ni dia 8 blok yg terdiri drpd blok lelaki (A, B, C, D) dan blok perempuan  (E, F, G, H).. majoriti asasi bila daftar akan dpt dkt tingkat 4 dan 5. ada 5 bilik setiap aras dan 1 bilik 6 orang. (bnyk ke sikit?).. bagiku standard je.. lgi ramai lagi meriah.. tapi klu ramai sgt tak tidur pula nnti.. huhu.. bilik dia luas juga~  lengkap dgn meja belajar, lampu, katil, almari, laci.. TAPI.. perkara penting kena bawa sebelum duduk UPM ni ialah KIPAS sendiri!. sbb nanti mungkin akn rasa panas dan tak selesa tidur.. tu je.. hehe.. untungnye juga duduk dkt kolej 13 ni sbb dkt dgn bukit ekspo/expo.. dkt sinilah tempat nak beriadah, nak tgk pmndngn yg hijau. Subhan-Allah, ciptaan Allah. :) ok.. yg paling best duduk dkt sini juga waktu 'mereput' dkt luar kolej 13 ni.. hehehe...









lps tu sini ada nama surau yg dipanggil sebagai Surau Orion.. Haaa.. time ni tgh ada kuliah.. mmg selalu juga jemput ustaz luar utk beri kuliah. dan kat ssurau ni juga ada usrah yg boleh join. mmg aktif. bagus utk org yg mmg nk berubah jdi lebih baik dan soleh dan juga kuatkan iman. :) Alhamdulillah, bersyukur dpt surau mcm ni, wlupun tak besar, tapi ianya kondusif, ada air-conditioner, surau pun boleh thn luas dia dri kolej2 yg lain. cuma utk muslimat, ruang dia kecik sikit. hehe.. tpi oklah~ dkt sini pun ada dataran phoenix, dewan besar yg mana event2 besar akn buat di situ...












Gambar ni pula dkt Kiosk.. dkt sinilah anda semua akn beli mknn ringan, stationary ke.. tak lupa juga ada jual burger waktu malam dan juga ayam gunting.. yum3.. sedap2 mknn dkt sini~ rugi tak beli.. tpi jgn boros pula tiap malam pergi beli mknn tu.. perlu berjimat juga.. yg paling laku selalunya dkt kiosk ni roti.. haaa.. so, sarankan cepat2 beli dah keluar yg baru punya. utk breakfast juga~










Dkt K13 ni, banyak juga event yg dilakukan oleh setiap sekreteriat.. semua (2x+3).. (eh? apa tu? kenapa tiba2 keluar algebra pula ni? tu lah.. function~ hihi).. apa event dia? tu.. rahsia.. maila dtg sini dulu~ bnyak dah ku ceritakan hidup di kolej 13 ni... Gmbar ni je blh bgi, ini under Sekreteriat Akademik. Nak hias mini library dkt K13. library ni terletak dkt Blok B. Ok, sampai sini shja dulu hidupku di kolej.

Jumpa lagi dkt post yg lain pula~ Insya-Allah.